TEMUHA WEDDING DAY GUIDE

Family Photo Guide

|

Cara susun family photo supaya cepat, teratur dan tak ada group penting yang tertinggal pada hari majlis.

Family photo majlis di Dewan Sumai oleh Temuha Photography
FAMILY PHOTO · MAJLIS DEWAN Susun group sebelum sesi bermula — bukan selepas semua orang dah bersurai.
Tak perlu ambil terlalu banyak kombinasi. Utamakan keluarga terdekat dan group yang paling penting dahulu, kemudian tambah group lain jika masa masih ada.
01 · SIAPA PERLU ADA?

Mulakan dengan keluarga paling dekat

PRIORITI 1

Ibu bapa

Pengantin bersama ibu bapa kedua-dua belah. Buat group utama ini dahulu.

PRIORITI 2

Adik-beradik

Asingkan keluarga pengantin perempuan dan lelaki, kemudian gabungkan jika perlu.

PRIORITI 3

Datuk, nenek & keluarga rapat

Utamakan ahli keluarga berusia supaya mereka tak perlu tunggu terlalu lama.

02 · SHOT LIST

Template family photo yang boleh terus guna

Tak semua majlis perlukan semua kombinasi ini. Padam mana yang tak perlu dan tambah group khas keluarga awak.

Keluarga utama

  1. Pengantin + ibu bapa pengantin perempuan
  2. Pengantin + ibu bapa pengantin lelaki
  3. Pengantin + kedua-dua ibu bapa
  4. Pengantin + adik-beradik pengantin perempuan
  5. Pengantin + adik-beradik pengantin lelaki
  6. Pengantin + keluarga perempuan
  7. Pengantin + keluarga lelaki
  8. Pengantin + kedua-dua keluarga

Group tambahan

  1. Pengantin + datuk / nenek
  2. Pengantin + pakcik / makcik rapat
  3. Pengantin + sepupu rapat
  4. Pengantin + bridesmaid / groomsmen
  5. Pengantin + sahabat
  6. Pengantin + rakan kerja
  7. Group khas lain jika perlu
03 · FAMILY COORDINATOR

Lantik seorang yang kenal semua orang

SATU ORANG BOLEH JIMAT BANYAK MASA

Photographer tak semestinya tahu siapa abang, makcik atau sepupu awak.

Pilih seorang adik-beradik, sepupu atau ahli keluarga yang tegas dan kenal kedua-dua belah keluarga. Tugas dia cuma panggil group seterusnya sementara photographer sedang ambil group semasa.

04 · JIKA MASA CUMA 15–20 MINIT

Utamakan group penting dahulu

0–5 min
Ibu bapa

Kedua-dua belah dan satu frame gabungan.

5–10 min
Adik-beradik

Keluarga perempuan, keluarga lelaki dan satu group besar.

10–15 min
Datuk / nenek / keluarga rapat

Ambil group penting yang perlukan pengantin sebelum mereka bersurai.

15–20 min
Sahabat / group tambahan

Buat jika masa masih ada dan semua orang sudah standby.

05 · ELAKKAN SESI JADI LAMBAT

Benda kecil yang buat beza besar

Jangan tunggu orang dah bersurai

Mulakan family photo pada slot yang memang sudah dipersetujui.

Panggil group seterusnya awal

Semasa satu group sedang diambil, coordinator dah kumpulkan group seterusnya.

Kurangkan kombinasi berulang

Kalau orang yang sama cuma bertukar seorang dua, fikir sama ada frame itu betul-betul penting.

Utamakan warga emas

Datuk, nenek dan ahli keluarga berusia tak perlu tunggu sampai hujung sesi.

Dah susun flow hari majlis?

Kalau tarikh, masa dan lokasi dah jelas, awak boleh semak pakej dan availability photography Temuha.

Scroll to Top