Terms & Conditions

Temuha Photography

Terms & Conditions

Terma ini digunakan untuk tempahan fotografi Temuha, termasuk wedding, convocation, portrait/lifestyle, studio dan event lain. Dengan membuat bayaran deposit atau meneruskan tempahan, client dianggap telah membaca dan bersetuju dengan perkara di bawah.

Nota ringkas: Quotation, estimate atau booking form bukan pengesahan booking. Booking hanya secured selepas bayaran yang diperlukan diterima dan disahkan oleh Temuha Photography.

1. Booking, Confirmation & Deposit

Quotation, estimate atau penghantaran booking form tidak dianggap sebagai pengesahan booking.

Booking hanya dianggap secured selepas deposit atau bayaran yang diperlukan telah diterima dan disahkan oleh Temuha Photography.

Bergantung kepada jenis booking, status pengesahan boleh berbeza seperti:

  • Package / special rate secured;
  • tarikh locked, masa TBC; atau
  • tarikh dan masa confirmed.

Bagi booking yang masih menunggu jadual rasmi seperti konvokesyen, package atau special rate boleh disahkan terlebih dahulu walaupun tarikh tepat atau masa masih belum ditetapkan.

Deposit

Deposit yang telah dibayar tidak akan dipulangkan sekiranya pembatalan dibuat oleh pihak client, kecuali dinyatakan sebaliknya secara bertulis oleh Temuha Photography.

Jumlah deposit bergantung kepada jenis servis, pakej atau quotation yang dikeluarkan. Untuk Sesi Studio Biasa (selain Convo Studio), deposit ialah 30% daripada jumlah booking atau minimum RM50, mana yang lebih tinggi. Jika pengiraan menghasilkan nilai perpuluhan, jumlah deposit dibundarkan ke Ringgit berikutnya. Formula Studio ini tidak terpakai secara automatik kepada servis lain yang mempunyai arrangement deposit berbeza.

Slot hanya dianggap secured selepas bayaran yang diperlukan diterima dan disahkan.

Baki bayaran

Baki bayaran perlu dijelaskan mengikut tarikh atau tempoh yang dinyatakan dalam quotation atau invoice. Tempoh bayaran baki mungkin berbeza mengikut jenis servis atau booking.

2. Partial Slot & Convocation Booking

Bagi servis seperti Pre-Convo, Post-Convo, Dewan Exit dan sesi pendek yang lain, booking biasanya mengunci slot tertentu sahaja dan tidak semestinya menutup keseluruhan tarikh.

Jika jadual rasmi konvokesyen masih belum diumumkan, package atau special rate boleh secured terlebih dahulu sementara tarikh atau masa sebenar masih TBC.

Selepas jadual rasmi diterima, tarikh dan masa session akan disusun berdasarkan jadual tersebut serta availability photographer.

Pembayaran deposit untuk booking sebegini tidak bermaksud keseluruhan hari atau keseluruhan tempoh anggaran tarikh diblock untuk client.

3. Reschedule, Cancellation & Package Changes

Tempoh reschedule percuma

Tempoh reschedule percuma selama 48 jam dikira daripada masa booking / pembayaran pertama disahkan oleh Temuha Photography. Ia bukan bermaksud 48 jam sebelum tarikh majlis atau session.

Dalam tempoh 48 jam asal tersebut:

  • satu (1) kali pertukaran tarikh dibenarkan tanpa caj reschedule; dan
  • pertukaran tetap tertakluk kepada availability.

Tempoh 48 jam tidak bermula semula selepas tarikh ditukar. Sekiranya pertukaran kedua dibuat dalam tempoh yang sama, caj reschedule biasa akan dikenakan.

Caj reschedule

Selepas tempoh percuma asal tamat, atau selepas satu pertukaran percuma telah digunakan, caj berikut dikenakan:

  • RM200: Wedding, Sanding-Bertandang, Akad, Sanding dan Tunang.
  • RM100: Outdoor, Lifestyle, Maternity Outdoor, Birthday, Pre-Post Wedding, Aqiqah, Pre-Convo, Post-Convo dan Dewan Exit.
  • RM50: Sesi Studio Biasa dan Convo Studio.

Semua pertukaran tarikh tertakluk kepada availability. Caj reschedule tidak boleh dikecualikan atau diubah tanpa kebenaran Temuha Photography.

Harga booking baharu

Apabila booking dipindahkan ke tarikh, pakej atau servis baharu, harga dan rules yang sah untuk booking baharu tersebut boleh digunakan. Bayaran yang telah dibuat akan dipindahkan kepada booking baharu.

  • Jika jumlah booking baharu lebih tinggi, client perlu membayar perbezaan.
  • Jika jumlah booking baharu lebih rendah, lebihan tidak menghasilkan cash refund secara automatik.
  • Lebihan boleh dipertimbangkan untuk add-on, produk atau extra time bagi booking tersebut.
  • Sebarang cash refund bagi lebihan tertakluk kepada kelulusan Temuha Photography.

Cancellation & no-show

Sekiranya client membatalkan booking, deposit adalah non-refundable. Sekiranya client tidak hadir tanpa notis (no-show), deposit dianggap forfeited dan booking baharu memerlukan deposit baharu. Sebarang kes khas, refund atau pengecualian tertakluk kepada kelulusan Temuha Photography.

Jika Temuha Photography perlu membatalkan

Sekiranya Temuha Photography terpaksa membatalkan booking atas sebab yang tidak dapat dielakkan, client boleh memilih:

  • reschedule booking dengan semua bayaran yang telah dibuat dipindahkan kepada booking baharu; atau
  • menerima refund bagi bayaran yang telah dibuat untuk booking tersebut.

Kes khas akan dibincangkan secara munasabah antara kedua-dua pihak.

Package upgrade / downgrade

Package upgrade dibenarkan dengan bayaran perbezaan harga. Package downgrade selepas booking tertakluk kepada semakan Temuha Photography dan tidak menghasilkan refund secara automatik. Perubahan package mungkin menyebabkan harga, coverage, produk atau rules booking dikira semula.

4. Coverage, Same-Day Outdoor & Photo Selection

Tempoh coverage yang dinyatakan dalam pakej merupakan anggaran / tempoh maksimum berdasarkan jenis servis dan perjalanan majlis. Jika majlis atau session selesai lebih awal, photographer tidak diwajibkan untuk terus berada sehingga tempoh maksimum semata-mata untuk memenuhi jumlah jam tersebut.

Extra coverage selepas tempoh yang dipersetujui tertakluk kepada availability dan caj tambahan.

Same-Day Outdoor — Wedding

Bagi Wedding Package yang termasuk Same-Day Outdoor, sesi Outdoor tersebut adalah sebahagian daripada keseluruhan package coverage. Ia bukan tambahan masa di luar maksimum coverage pakej kecuali dinyatakan sebaliknya dalam quotation.

Contoh: Wedding Basic dengan coverage sekitar 5–7 jam termasuk Same-Day Outdoor dalam keseluruhan tempoh tersebut.

Jika pakej menyatakan free same-day Outdoor, item complimentary tersebut tidak boleh ditukar secara automatik kepada servis atau item lain, cash value, discount, album, print, frame atau add-on tanpa kebenaran Temuha Photography.

Unlimited photos captured

Jika sesuatu pakej menyatakan unlimited photos captured, ia bermaksud photographer boleh merakam gambar sepanjang tempoh coverage tanpa menetapkan jumlah shutter tertentu. Ia tidak bermaksud setiap frame yang dirakam akan diedit atau dihantar.

Temuha Photography akan memilih gambar yang sesuai / usable untuk editing dan delivery. Test shot, duplicate, blur, closed-eye, misfire atau gambar yang secara teknikal tidak sesuai mungkin tidak dihantar. Tiada jumlah minimum gambar dijanjikan kecuali dinyatakan secara khusus dalam pakej yang dibenarkan.

Add-ons

Add-ons hanya sah selepas dipersetujui dan dimasukkan dalam quotation atau invoice. Harga boleh berubah mengikut tarikh, lokasi, kuantiti, saiz produk atau keperluan kerja.

5. Event Day, Outdoor Location & Client Responsibility

Late arrival / event delay

Coverage bermula berdasarkan waktu yang telah dipersetujui. Sekiranya client atau majlis lewat, waktu session tetap dikira daripada waktu asal yang telah dipersetujui dan tidak dipanjangkan secara automatik.

Extra coverage atau extra time tertakluk kepada availability photographer dan caj tambahan yang berkenaan. Kelewatan majlis tidak memberikan extra time percuma secara automatik.

Lokasi Outdoor

Lokasi Outdoor tertakluk kepada kesesuaian lokasi, akses, cuaca, masa yang tersedia serta keadaan pada hari session. Lokasi tertentu tidak dianggap confirmed sehingga dipersetujui oleh Temuha Photography.

Sekiranya keadaan cuaca, venue atau faktor keselamatan tidak sesuai, photographer boleh mencadangkan lokasi atau arrangement alternatif yang munasabah.

Maklumat daripada client

Client bertanggungjawab memberikan maklumat booking yang tepat dan terkini, termasuk:

  • tarikh dan waktu / tentative;
  • venue, lokasi dan map pin;
  • PIC / emergency contact jika diperlukan; dan
  • perubahan penting pada perjalanan majlis.

Maklumat atau perubahan penting hendaklah dimaklumkan seawal yang munasabah. Temuha Photography tidak dapat menjamin coverage yang sama sekiranya maklumat penting diberikan terlalu lewat atau berubah tanpa notis yang mencukupi.

6. Editing, Delivery & Final Product

Editing akan dilakukan mengikut style dan standard Temuha Photography. RAW / unedited files tidak termasuk kecuali dipersetujui secara bertulis.

Permintaan re-edit khas atau perubahan besar selepas final delivery tertakluk kepada semakan. Caj tambahan mungkin dikenakan jika berkenaan.

Anggaran delivery

  • Wedding / Event: sekitar 14–30 hari.
  • Sesi Studio Biasa: sekitar 3–7 hari bekerja.
  • General Studio Priority Editing: sekitar 1–3 hari bekerja, tertakluk kepada queue / confirmation.
  • Convo Studio: sekitar 24 jam jika berkenaan.
  • Outdoor / Lifestyle: sekitar 7–14 hari.
  • Album / Frame: sekitar 3–4 bulan.

Semua timeline ialah anggaran dan boleh berubah bergantung kepada jumlah kerja, musim puncak, technical issue atau keadaan yang munasabah. Tarikh siap tepat hanya dianggap confirmed jika dinyatakan secara khusus oleh Temuha Photography.

Backup & final product

Selepas final delivery dibuat, client bertanggungjawab untuk download dan membuat backup sendiri. Online gallery / Google Photos link tidak dijamin akan disimpan selama-lamanya.

Untuk album/layout, satu pusingan semakan asas boleh diberikan jika termasuk dalam pakej. Pindaan tambahan mungkin dikenakan caj. Untuk print, frame atau album, client perlu menyemak nama, saiz, gambar pilihan dan detail sebelum proses cetakan.

7. Transport, Venue & Quotation Changes

Transport / travel

Caj perjalanan dikira pada kadar RM1/km berdasarkan jumlah perjalanan pergi + balik ke lokasi job.

Contoh: Jika perjalanan ialah 50km pergi dan 50km balik, jumlah perjalanan ialah 100km dan caj transport ialah RM100.

Caj transport tidak termasuk kos penginapan. Bagi lokasi luar kawasan yang memerlukan penginapan, kos penginapan akan dikira secara berasingan dan dinyatakan dalam quotation.

Tol, parking, permit, entrance fee, venue/vendor fee atau caj berkaitan lokasi lain, jika berkenaan, boleh dikenakan secara berasingan kecuali quotation menyatakan ia telah termasuk. Tiada minimum caj transport ditetapkan.

Perubahan venue / lokasi

Quotation dibuat berdasarkan maklumat lokasi dan venue yang diberikan ketika quotation dikeluarkan. Jika client menukar venue atau lokasi selepas quotation / booking, caj venue, transport atau kos berkaitan boleh dikira semula mengikut lokasi atau venue baharu.

Perubahan quotation

Harga quotation adalah berdasarkan maklumat yang diberikan semasa quotation disediakan. Perubahan kepada tarikh, lokasi, venue, coverage, package, servis atau keperluan tambahan boleh menyebabkan jumlah quotation dikira semula.

Sekiranya harga atau arrangement tertentu telah secara khusus secured / confirmed secara bertulis, arrangement tersebut akan dirujuk untuk booking berkenaan.

8. Weather, Venue Restrictions & Uncontrollable Factors

Temuha Photography akan mengambil langkah yang munasabah untuk menjaga kualiti kerja, keselamatan dan data. Cuaca buruk, restriction pihak venue, keadaan keselamatan, kecemasan, kegagalan peralatan di luar kawalan munasabah, bencana alam, road closure, force majeure atau keadaan lain di luar kawalan photographer boleh mempengaruhi flow shooting atau hasil akhir.

  • Jika photographer utama tidak dapat hadir kerana kecemasan, Temuha Photography akan cuba mendapatkan replacement photographer yang sesuai.
  • Jika berlaku data loss yang disahkan berpunca daripada keadaan di luar kawalan munasabah, penyelesaian akan dibincangkan berdasarkan bayaran dan perkhidmatan yang terlibat.

9. Special Arrangements & General

Special rate, discount, waiver, custom price, custom package atau special arrangement hanya terpakai kepada booking / quotation yang diberikan kebenaran tersebut. Ia bukan harga standard Temuha Photography dan tidak boleh digunakan sebagai rujukan untuk booking pelanggan lain.

Special price, discount, waiver, custom package, custom coverage, refund exception, reschedule exception, special delivery arrangement dan arrangement bukan standard lain mesti disahkan secara bertulis oleh Temuha Photography melalui WhatsApp, quotation, invoice, email atau dokumen yang boleh dirujuk semula.

Jika terdapat perbezaan antara chat, poster, website dan quotation/invoice, arrangement terbaru yang telah disahkan secara bertulis untuk booking tersebut akan dirujuk.

Temuha Photography boleh mengemaskini terms ini dari semasa ke semasa supaya selari dengan pakej, workflow dan operasi semasa.

Last updated: August 2026


Scroll to Top