TEMUHA PHOTOGRAPHY

Gear Fotografi

Ini antara gear yang saya bawa untuk setiap sesi — daripada kamera utama, backup, lighting sehinggalah proses editing selepas shoot.

SETUP UTAMA

Kamera Utama

Ini setup yang berada di tangan saya untuk kebanyakan shoot — pantas, boleh diharap dan cukup fleksibel untuk group shot, majlis serta portrait.

Sony A7IV main body with Tamron and Sony GM lenses

Sony A7IV

Kamera utama saya untuk setiap sesi.

  • Sony 50mm f/1.4 GM — pilihan utama untuk portrait dengan background blur yang lembut.
  • Tamron 28-75mm f/2.8 G2 — zoom serba guna untuk kebanyakan coverage majlis dan event.
  • Tamron 17-28mm f/2.8 — wide angle untuk ruang sempit, group shot dan sudut yang lebih dramatik.
  • 5x bateri — untuk coverage majlis yang panjang tanpa perlu risau kehabisan bateri.
SISTEM BACKUP

Kamera Backup

Wedding ialah majlis yang berlaku sekali sahaja — kita tak boleh ulang semula minggu depan. Sebab itu satu lagi setup kamera sentiasa tersedia dan bersedia digunakan bila diperlukan.

Nikon Z6II backup body with Nikon Z lenses

Nikon Z6II

Sentiasa standby kerana kegagalan equipment ketika hari wedding bukan sesuatu yang boleh diambil mudah.

  • Nikkor Z 35mm f/1.8 — cukup wide untuk candid dan environmental shot.
  • Nikkor Z 50mm f/1.8 — lens portrait harian yang boleh diharap.
  • 5x bateri
KAWALAN CAHAYA

Lighting

Majlis di Terengganu boleh berlangsung dalam pelbagai keadaan — outdoor tengah hari, dewan yang gelap atau golden hour di pantai. Setup ini membantu saya menyesuaikan cahaya mengikut situasi.

Flash & Strobe

  • Godox V1 x2 — round-head flash untuk fill light yang lebih natural dan lembut.
  • Godox AD200 Pro II — portable strobe untuk outdoor dan setup studio.
  • Godox AD200 Pro x2 — untuk off-camera lighting, indoor majlis dan venue dengan cahaya rendah.

Creative Lighting

  • Photoolex LED light — continuous lighting untuk video dan detail shot.
  • GS Gobo Go — untuk menghasilkan corak cahaya yang lebih kreatif.
STORAN SEMASA SHOOT

Storan

Sesi Raya yang besar atau wedding sehari penuh boleh menghasilkan ribuan gambar. Kad yang mencukupi memastikan shoot tak perlu berhenti hanya untuk kosongkan ruang.

Memory Card

  • 13x memory card — ruang mencukupi untuk multi-session Raya dan wedding tanpa perlu padam gambar ketika shoot.

High-Speed Media

  • 1x CFexpress card — untuk high-speed burst dan rakaman video.
WORKFLOW EDITING

Proses Editing

Shoot hanyalah separuh daripada kerja. Mengedit ratusan atau kadang-kadang ribuan fail RAW bagi setiap booking memerlukan sistem yang pantas supaya gallery boleh disiapkan tanpa mengorbankan kualiti.

Custom PC — workstation editing utama

  • CPU: Intel Core i7-13700F — untuk heavy batch editing dan export dengan lebih lancar.
  • GPU: NVIDIA GeForce RTX 5070 12GB — membantu rendering dan AI-based editing tools.
  • RAM: 64GB DDR4 — sesuai untuk membuka beberapa RAW gallery besar serentak.
  • Motherboard: ASUS B760-G D4
  • CPU Cooler: NZXT Kraken Z63 — membantu memastikan sistem kekal sejuk ketika sesi editing yang panjang.
  • Storage: NVMe SSD 1TB x2 + SSD/NVMe 256GB + HDD 2TB + HDD 4TB + HDD 6TB — drive pantas untuk projek aktif dan drive lebih besar untuk archive.
  • Monitor: ASUS ProArt PA27AC — 27″, QHD/2K, colour-accurate untuk editing yang lebih konsisten.
  • Hagibis adapter — connectivity tambahan untuk card offloading dan multi-device setup.

MacBook Pro M4

Untuk editing ketika bergerak, antara sesi atau apabila saya tidak berada di studio.

Aksesori Editing

  • Ulanzi Knob — kawalan yang lebih cepat dan tepat ketika grading serta fine-tuning.
  • Ulanzi Deck — customisable shortcut untuk mempercepatkan kerja editing yang berulang.
ARKIB KLIEN

Backup Foto Klien

Gambar awak tak boleh diganti — wedding tak boleh diulang, begitu juga fasa kehamilan dan momen penting lain. Sebab itu gallery disimpan di lebih daripada satu tempat.

13x External HDD

2TB–4TB setiap satu — gallery klien disimpan dan dibackup supaya risiko kehilangan gambar dapat dikurangkan.

DAH ADA TARIKH ATAU IDEA?

Jom Rancang Session Awak

Gear hanyalah alat. Yang lebih penting ialah persediaan, pengalaman shoot dan hasil yang awak terima. Kalau awak dah ada tarikh atau idea, hantar inquiry dan saya akan semak pilihan yang sesuai.

Scroll to Top