Preparation & Outdoor Guide
Cara sediakan ruang preparation, detail items, timing MUA, outdoor session dan plan B supaya photography flow lebih lancar.

Buat preparation dan outdoor ikut keadaan sebenar — bukan paksa timeline.
Outdoor yang cantik tak semestinya jauh. Lokasi dekat, masa cukup dan pengantin tak rushing biasanya beri hasil yang lebih baik.
Kemas satu kawasan, bukan seluruh rumah
Photographer perlukan ruang yang cukup untuk bergerak, cahaya yang sesuai dan background yang tak terlalu berserabut.
Pilih satu sudut utama
Jika ada tingkap besar atau ruang yang lebih lapang, kosongkan kawasan itu untuk preparation portrait dan detail shots.
Alih barang sementara
Beg plastik, kotak, hanger kosong, makanan dan barang vendor boleh dialihkan keluar daripada frame utama.
Kurangkan crowd dalam bilik
Tak perlu semua ahli keluarga masuk ketika makeup atau portrait preparation dibuat.
Kumpulkan item sebelum photographer sampai
Barang pengantin
- Cincin dan kotak cincin.
- Kasut, perfume, jam atau aksesori penting.
- Invitation card, bouquet atau barang sentimental jika ada.
Baju & veil
- Pastikan baju dah steamed dan mudah dicapai.
- Sediakan hanger yang kemas jika mahu gambar baju.
- Jangan simpan veil / tudung di tempat yang susah dicari.
Tak perlu dipaksa
Kalau masa pendek, utamakan preparation portrait dan moment sebenar. Detail shots boleh dipermudahkan.
Target siap lebih penting daripada masa mula
Jangan target makeup siap tepat masa acara bermula.
Sediakan ruang untuk touch-up, pakai aksesori, final portrait dan perjalanan ke lokasi acara. Buffer 20–30 minit boleh membantu jika keadaan mengizinkan.
Pilih masa dan lokasi dengan praktikal
Lokasi 5–15 minit dari venue biasanya lebih mudah dikawal berbanding perjalanan jauh.
Kira masa keluar venue, perjalanan, touch-up dan balik semula jika ada acara selepas outdoor.
Jika timeline dah sempit, pilih indoor portrait, lokasi berbumbung atau pendekkan outdoor.
Kalau terlalu penat atau panas, outdoor pendek yang fokus biasanya lebih baik daripada sesi panjang yang dipaksa.
Apa dibuat kalau outdoor tak menjadi
Cari lokasi berbumbung
Beranda, foyer, koridor atau ruang indoor yang kemas boleh jadi pilihan sementara.
Pendekkan outdoor
Utamakan beberapa portrait utama dan jangan korbankan acara penting seterusnya.
Pertimbangkan hari lain
Jika pakej dan availability membenarkan, sesi berasingan mungkin lebih tenang daripada memaksa outdoor dalam timeline yang dah lari.
Dah susun preparation dan outdoor?
Kalau tarikh, masa dan lokasi dah jelas, awak boleh terus semak availability photography Temuha.
![baiki [recovered] 03](https://temuha.com/wp-content/uploads/2026/09/cropped-Baiki-Recovered-03-1-50x56.png)