Family Photo Guide
Cara susun family photo supaya cepat, teratur dan tak ada group penting yang tertinggal pada hari majlis.
Mulakan dengan keluarga paling dekat
Ibu bapa
Pengantin bersama ibu bapa kedua-dua belah. Buat group utama ini dahulu.
Adik-beradik
Asingkan keluarga pengantin perempuan dan lelaki, kemudian gabungkan jika perlu.
Datuk, nenek & keluarga rapat
Utamakan ahli keluarga berusia supaya mereka tak perlu tunggu terlalu lama.
Template family photo yang boleh terus guna
Tak semua majlis perlukan semua kombinasi ini. Padam mana yang tak perlu dan tambah group khas keluarga awak.
Keluarga utama
- Pengantin + ibu bapa pengantin perempuan
- Pengantin + ibu bapa pengantin lelaki
- Pengantin + kedua-dua ibu bapa
- Pengantin + adik-beradik pengantin perempuan
- Pengantin + adik-beradik pengantin lelaki
- Pengantin + keluarga perempuan
- Pengantin + keluarga lelaki
- Pengantin + kedua-dua keluarga
Group tambahan
- Pengantin + datuk / nenek
- Pengantin + pakcik / makcik rapat
- Pengantin + sepupu rapat
- Pengantin + bridesmaid / groomsmen
- Pengantin + sahabat
- Pengantin + rakan kerja
- Group khas lain jika perlu
Lantik seorang yang kenal semua orang
Photographer tak semestinya tahu siapa abang, makcik atau sepupu awak.
Pilih seorang adik-beradik, sepupu atau ahli keluarga yang tegas dan kenal kedua-dua belah keluarga. Tugas dia cuma panggil group seterusnya sementara photographer sedang ambil group semasa.
Utamakan group penting dahulu
Kedua-dua belah dan satu frame gabungan.
Keluarga perempuan, keluarga lelaki dan satu group besar.
Ambil group penting yang perlukan pengantin sebelum mereka bersurai.
Buat jika masa masih ada dan semua orang sudah standby.
Benda kecil yang buat beza besar
Mulakan family photo pada slot yang memang sudah dipersetujui.
Semasa satu group sedang diambil, coordinator dah kumpulkan group seterusnya.
Kalau orang yang sama cuma bertukar seorang dua, fikir sama ada frame itu betul-betul penting.
Datuk, nenek dan ahli keluarga berusia tak perlu tunggu sampai hujung sesi.
Dah susun flow hari majlis?
Kalau tarikh, masa dan lokasi dah jelas, awak boleh semak pakej dan availability photography Temuha.
![baiki [recovered] 03](https://temuha.com/wp-content/uploads/2026/09/cropped-Baiki-Recovered-03-1-50x56.png)