Panduan Hari Majlis
Panduan ringkas untuk bantu awak susun timeline, preparation, family photo, outdoor dan plan B supaya hari majlis berjalan lebih teratur.
Confirm perkara penting lebih awal
Semakin jelas detail sebelum hari majlis, semakin kurang benda perlu diselesaikan pada saat akhir.
Tarikh, masa & lokasi
- Confirm masa akad, sanding atau acara utama.
- Share pin location yang tepat, bukan nama kampung sahaja.
- Beritahu jika ada lebih daripada satu lokasi.
Contact person
- Lantik seorang ahli keluarga yang mudah dihubungi.
- Pastikan contact person tahu flow majlis.
- Elakkan semua urusan tertumpu pada pengantin.
Vendor & acara khas
- Confirm waktu makeup dijangka siap.
- Maklumkan surprise, persembahan, VIP atau fireworks lebih awal.
- Update photographer jika flow berubah.
Susun jadual yang realistik
Timeline terlalu rapat mudah menyebabkan akad, sanding, family photo dan outdoor bertembung.
Akad sahaja
- Pastikan waktu ketibaan, akad dan family photo jelas.
- Reserve masa selepas akad untuk couple portrait sebelum tetamu bersurai.
Akad + sanding hari sama
- Sediakan buffer antara akad, touch-up, tukar pakaian dan sanding.
- Jangan jadualkan outdoor terlalu dekat dengan acara seterusnya.
Akad & sanding hari berlainan
- Setiap hari lebih mudah disusun tetapi masa coverage perlu dirancang berasingan.
- Beritahu photographer lokasi dan waktu setiap hari lebih awal.
Sanding / bertandang sahaja
- Fokus pada entrance, pelamin, keluarga, candid dan outdoor jika ada.
- Reserve masa khas untuk family photo sebelum crowd terlalu ramai.
Masukkan buffer 15–30 minit antara bahagian penting. Sedikit ruang dalam jadual selalunya lebih berguna daripada cuba penuhkan setiap minit.
Pengantin dan ruang preparation
Bilik yang kemas dan barang yang siap awal memudahkan detail shot dan preparation berjalan lebih lancar.
Sediakan awal
- Baju, kasut, cincin, veil dan barang kemas.
- Bouquet, perfume dan invitation card jika mahu dirakam.
- Touch-up kit, tisu, safety pin dan air minum.
Bilik preparation
- Kurangkan beg plastik, kotak dan barang berselerak.
- Jika boleh, pilih ruang dengan tingkap dan cahaya natural.
- Elakkan terlalu ramai orang berada dalam bilik serentak.
Makeup hampir siap
- Bila photographer sampai, makeup sebaiknya sudah hampir siap.
- Ini beri ruang untuk detail shot dan beberapa frame preparation tanpa mengganggu flow.
Akad, sanding dan family photo
Tiga bahagian ini biasanya paling perlukan koordinasi kerana ramai orang terlibat dalam masa yang sama.
Hari Akad Nikah
- Ketibaan dan persediaan sebelum akad.
- Lafaz akad, sarung cincin dan salam keluarga.
- Couple portrait, family photo dan group photo selepas selesai.
Hari Sanding
- Confirm waktu masuk pengantin dan acara utama.
- Reserve masa untuk couple portrait di pelamin sebelum sesi keluarga bermula.
- Maklumkan awal jika ada potong kek, persembahan atau acara khas.
Family & Group Photo
- Sediakan senarai group penting sebelum hari majlis.
- Lantik seorang ahli keluarga untuk panggil setiap group.
- Buat sesi ini sebelum semua orang mula bersurai.
- Elakkan terlalu banyak kombinasi kecil jika masa sangat terhad.
Pilih lokasi dan masa dengan praktikal
Lokasi yang cantik tidak semestinya sesuai jika terlalu jauh atau mengambil banyak masa perjalanan.
Outdoor hari sama
Pilih tempat yang dekat dengan venue dan tidak mengganggu acara seterusnya.
Outdoor hari lain
Lebih fleksibel dari segi masa, lokasi dan cuaca kerana tidak terikat dengan flow majlis.
Cuaca & backup
Sediakan pilihan lokasi berbumbung atau plan alternatif jika hujan atau cuaca terlalu panas.
Sediakan ruang yang mudah difoto
Susun atur ruang, lighting dan laluan tetamu boleh memberi kesan besar pada flow photography.
Jika majlis di rumah
- Pastikan laluan ke pelamin tidak terlalu sempit.
- Kurangkan barang yang tidak perlu di kawasan utama.
- Fikirkan parking dan ruang photographer bergerak.
Jika majlis di dewan / event space
- Semak ruang entrance, pelamin dan family photo.
- Ambil tahu masa akses masuk dan masa dewan perlu dikosongkan.
- Maklumkan jika ada LED screen besar atau spotlight kuat.
Lighting majlis
- Lampu terlalu gelap atau terlalu berwarna boleh mengubah skin tone.
- Jika boleh, bincang dengan decorator tentang lampu pelamin yang konsisten.
- Elakkan spotlight yang terlalu keras tepat pada muka pengantin.
Bila hari majlis tak ikut rancangan
Majlis lewat tidak semestinya bermasalah — yang penting semua pihak tahu perubahan secepat mungkin.
Makeup lewat
Update photographer supaya preparation, family photo atau outdoor boleh disusun semula.
Outdoor tak sempat
Outdoor mungkin perlu dipendekkan, dipindahkan ke lokasi lebih dekat atau dibuat pada hari lain.
Majlis extend
Jika acara melepasi coverage asal, semak dahulu sama ada tambahan masa diperlukan dan available.
Jangan bina keseluruhan timeline bergantung 100% pada outdoor. Hujan, panas terik atau perubahan cuaca boleh berlaku pada bila-bila masa.
Benda kecil yang banyak membantu
Kurangkan plastik, beg dan barang berselerak dalam bilik.
Kurangkan barang tambahan yang tidak perlu pada kawasan utama.
Jangan tunggu semua orang mula hilang baru nak kumpulkan keluarga.
Sedikit ruang dalam timeline bantu expression dan moment nampak lebih natural.
Elakkan laluan utama terlalu sesak ketika acara penting sedang berlangsung.
Ikut arahan ringkas dan fokus pada pasangan, keluarga serta moment sebenar.
Apa berlaku selepas photographer balik?
Selepas coverage selesai, gambar melalui proses selection, editing dan delivery mengikut pakej serta workflow semasa.
Bila gambar siap?
Kalau hujan?
Kalau makeup lambat?
Kalau majlis extend?
Kalau ada dua venue?
Perlu simpan backup gambar?
Dah ada tarikh dan lokasi majlis?
Kalau tarikh, masa dan venue dah jelas, awak boleh terus semak availability photography Temuha.
![baiki [recovered] 03](https://temuha.com/wp-content/uploads/2026/09/cropped-Baiki-Recovered-03-1-50x56.png)