TEMUHA WEDDING DAY GUIDE

Contoh Timeline Majlis Kahwin

|

Contoh tentatif untuk Akad, Akad + Sanding, majlis hari berlainan dan Sanding / Bertandang. Gunakan sebagai rangka, kemudian laraskan ikut waktu sebenar majlis.

Ini ialah timeline majlis, bukan jadual coverage photographer. Waktu sebenar boleh berubah mengikut waktu akad, MUA, lokasi, perjalanan, waktu solat, adat keluarga dan flow majlis.
Contoh majlis kahwin untuk panduan timeline Temuha Photography
TIMELINE YANG REALISTIK Beri ruang untuk makan, solat, perjalanan dan perkara yang mungkin lewat.
CONTOH TIMELINE

Pilih flow yang paling hampir dengan majlis awak

Waktu di bawah ialah contoh tentatif majlis. Anjak ikut waktu sebenar akad, MUA, lokasi, waktu solat dan adat keluarga.

01 Akad Sahaja PILIH SESI · PAGI / PETANG / MALAM
Akad Pagi
7:30 pagi
MUA / persiapan akad bermula
9:00 pagi
Pengantin hampir siap
9:30 pagi
Keluarga dan tetamu mula bersedia
10:00 pagi
Akad nikah
10:30 pagi
Sarung cincin / salam restu
10:45 pagi
Couple portrait akad
11:00 pagi
Family photo
11:30 pagi
Jamuan / candid keluarga & tetamu
12:00 tgh hari
Majlis diteruskan atau selesai ikut flow keluarga
Akad Petang · Selepas Asar
1:30 petang
MUA / persiapan akad bermula
3:30 petang
Pengantin hampir siap
4:15 petang
Keluarga dan tetamu mula bersedia
Selepas Asar
Akad nikah
±30 min selepas akad
Sarung cincin / salam restu
Selepas itu
Couple portrait akad
Kemudian
Family photo
6:00 petang
Jamuan / makan pengantin
Sebelum Maghrib
Majlis diteruskan atau selesai ikut flow keluarga
Akad Malam
5:30 petang
MUA / persiapan akad bermula
7:00 malam
Rehat / solat Maghrib
7:45 malam
Sambung touch-up / pengantin hampir siap
8:15 malam
Keluarga dan tetamu mula bersedia
8:30 malam
Rehat / solat Isyak jika perlu
9:00 malam
Akad nikah
9:30 malam
Sarung cincin / salam restu
9:45 malam
Couple portrait akad
10:00 malam
Family photo
10:20 malam
Gambar akhir / candid keluarga
10:30 malam
Majlis boleh wrap
Jika ada fireworks: 10:30 malam – 11:30 malam untuk fireworks / special moment / sesi gambar tambahan, kemudian wrap sekitar 11:30 malam.
02 Akad + Sanding Hari Sama FLOW PAGI → PETANG
6:30 pagi
MUA / persiapan akad bermula
8:30 pagi
Pengantin hampir siap
9:00 pagi
Keluarga dan tetamu mula bersedia
9:30 pagi
Akad nikah
10:00 pagi
Sarung cincin / salam restu
10:15 pagi
Couple portrait akad
10:30 pagi
Family photo selepas akad
10:45 pagi
Tukar pakaian / touch-up makeup
12:30 petang
Entrance pengantin / sanding
12:45 petang
Makan Beradat / makan pengantin

Jika tiada Makan Beradat, tetap reserve masa untuk pengantin makan.

1:15 petang
Rehat solat
1:45 petang
Acara pelamin / salam restu / doa / acara utama / potong kek jika ada
2:15 petang
Couple portrait di pelamin
3:15 petang
Family photo sanding
3:30 petang
Group photo / sahabat / tetamu
4:00 petang
Outdoor jika ada
5:00 petang
Majlis selesai / pengantin balik / sambung ikut acara keluarga
03 Akad & Sanding Hari Berlainan DUA HARI · FLOW LEBIH LONGGAR
Hari Akad: gunakan salah satu flow Akad Pagi, Akad Petang selepas Asar atau Akad Malam seperti contoh dalam bahagian Akad Sahaja di atas.
HARI SANDING
7:30 pagi
MUA / persiapan pengantin bermula
9:30 pagi
Pengantin hampir siap
10:30 pagi
Final touch-up / keluarga mula bersedia
11:00 pagi
Berarak / entrance pengantin
11:15 pagi
Makan Beradat / makan pengantin

Jika tiada Makan Beradat, tetap sediakan masa untuk pengantin makan.

12:00 tgh hari
Acara pelamin / salam restu / doa / potong kek jika ada
12:30 tgh hari
Couple portrait di pelamin
1:15 petang
Rehat solat
1:45 petang
Family photo
2:15 petang
Group photo / sahabat / tetamu
3:00 petang
Candid / sambung acara majlis
4:00 petang
Outdoor jika ada
5:00 petang
Majlis selesai / sambung ikut flow keluarga
04 Sanding / Bertandang Sahaja CONTOH FLOW · BERARAK 11 PAGI
7:30 pagi
MUA / persiapan pengantin bermula
9:30 pagi
Pengantin hampir siap
10:30 pagi
Final touch-up / keluarga mula bersedia
11:00 pagi
Berarak / entrance pengantin
11:15 pagi
Makan Beradat / makan pengantin

Jika tiada Makan Beradat, tetap sediakan masa untuk pengantin makan.

12:00 tgh hari
Acara pelamin / salam restu / doa / potong kek jika ada
12:30 tgh hari
Couple portrait di pelamin
1:15 petang
Rehat solat
1:45 petang
Family photo
2:15 petang
Group photo / sahabat / tetamu
3:00 petang
Candid / sambung acara majlis
4:00 petang
Outdoor jika ada
5:00 petang
Majlis selesai / pengantin balik / sambung ikut flow keluarga
CARA GUNA TIMELINE

Jadikan contoh ini sebagai rangka, bukan jadual wajib

Anjak waktu ikut waktu akad, lokasi, MUA, perjalanan, waktu solat, adat keluarga dan acara sebenar pada hari majlis.

01 · ACARA UTAMA Lock waktu penting dulu

Tetapkan waktu Akad atau waktu berarak / entrance dahulu. Susun acara lain di sekeliling waktu utama itu.

02 · MUA Jangan siap terlalu dekat

Beri ruang sebelum acara utama supaya touch-up atau delay kecil tak terus ganggu seluruh tentatif.

03 · LOKASI Kira masa berpindah

Kalau rumah, masjid, dewan dan outdoor berlainan lokasi, masukkan masa perjalanan sebenar dalam tentatif.

04 · SOLAT & MAKAN Jangan tinggal dua benda ni

Rehat solat perlu ada. Kalau tiada Makan Beradat, tetap reserve masa untuk pengantin makan.

Jangan susun tentatif terlalu rapat.

Majlis sebenar jarang bergerak tepat ikut minit. Beri sedikit ruang antara acara, terutama sebelum akad, selepas tukar pakaian, waktu makan dan waktu solat.

BUFFER & FLOW

Beri ruang supaya satu delay tak rosakkan seluruh tentatif

15–30 MINIT Buffer antara acara penting

Sesuai antara MUA siap, bergerak, akad, tukar pakaian atau acara utama.

SOLAT Masukkan dalam tentatif

Semak waktu solat mengikut tarikh majlis. Jangan letak acara penting bertindih dengan waktu rehat solat.

MAKAN Pengantin tetap kena makan

Kalau tiada Makan Beradat, ganti dengan slot makan pengantin. Jangan terus susun acara tanpa rehat.

PERJALANAN Rumah → masjid → dewan → outdoor

Kira lebih daripada masa drive. Masukkan parking, berjalan, tunggu kenderaan, turun naik barang dan masa semua orang berkumpul.

JANGAN BACK-TO-BACK Lokasi berbeza perlukan ruang

Jangan tamat satu acara pada 12:00 dan letak acara seterusnya di lokasi lain pada 12:00. Masukkan perjalanan sebagai sebahagian tentatif.

Kalau majlis delay?

Jangan cuba paksa semua slot kekal sama. Susun semula ikut benda yang paling penting dahulu.

Priority bila masa dah lari

01Acara utama — Akad, entrance, sanding dan acara keluarga yang wajib.
02Family photo penting — ibu bapa, adik-beradik dan group keluarga utama.
03Group tambahan — sahabat, rakan kerja dan group lain dibuat jika masa masih ada.
04Outdoor — boleh dianjak, dipendekkan atau pilih lokasi lebih dekat jika tentatif dah lewat.
TEMPLATE TENTATIF KOSONG

Copy dan isi ikut majlis awak

Tak semua baris perlu digunakan. Padam yang tak berkaitan dan tambah acara keluarga jika perlu.

__ — MUA / persiapan bermula
__ — Pengantin hampir siap
__ — Keluarga / tetamu bersedia
__ — Akad / berarak / entrance
__ — Sarung cincin / salam restu / acara utama
__ — Makan Beradat / makan pengantin
__ — Rehat solat
__ — Couple portrait
__ — Family photo
__ — Group photo / sahabat / tetamu
__ — Perjalanan / tukar lokasi
__ — Outdoor jika ada
__ — Acara tambahan / fireworks jika ada
__ — Majlis selesai / wrap

Dah nampak flow majlis awak?

Kalau tarikh, waktu dan lokasi dah jelas, awak boleh semak pakej photography atau terus buat inquiry dengan Temuha.

TEMUHA PHOTOGRAPHY / WEDDING PLANNER

Bina Tentatif Majlis Awak

Pilih template asal Temuha, edit masa dan acara ikut majlis sendiri, kemudian simpan sebagai PDF atau JPG.

01 / Pilih template

Semua waktu dan acara diambil daripada contoh tentatif asal. Waktu sebenar perlu disahkan semula.


02 / Maklumat majlis


03 / Susun acara

Scroll to Top